Jika anda masih tercari-cari teman hidup dan buntu memikirkan siapa gerangannya, jangan risau kerana Facebook Dating mungkin boleh membantu.
Menurut World of Buzz, aplikasi ini kini tiba di Malaysia selepas Facebook mengumumkan untuk mengembangkan aplikasi ini pada persidangan F8 ke 13 lagi negara serata dunia termasuk Singapura, Vietnam, Laos, Filipuna, Brazil, Peru dan Chile.
Ini selepas aplikasi ini mendapat respon yang positif daripada negara-negara yang mendapat akses lebih awal seperti Colombia, Thailand, Canada, Argentina dan Mexico.
Menurut ketua bahagian aplikasi Facebook, Fidji Simo, akaun Facebook Dating tidak dihubungkan bersama akaun Facebook peribadi. Ia juga lebih selamat dan lebih ‘inclusive’.
Selain itu, featur terbaru dalam FB dating yang turut diperkenalkan adalah Secret Crush dimana pengguna boleh memilih sehingga 9 orang kenalan yang mempunyai minat yang mungkin sama dengan minat anda.
Jika ‘Secret Crush’ anda juga menambah anda kedalam senarai ‘Secret Crush’ beliau, ia akan di-matchingkan bersama. Ada jodoh lah tu kot?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.