
Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Perkara itu diputuskan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.
"Kami sebulat suara memutuskan bahawa hanya satu hukuman sahaja yang wajar dijatuhkan iaitu hukuman gantung sampai mati di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandotari 2023 yang berkuat kuasa pada 16 Jun 2023,” katanya ketika membacakan keputusan itu hari ini.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.