Ketupat, menu hidangan yang wajib ada ketika perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri dan menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia.
Tahukah anda? Terdapat pelbagai jenis anyaman ketupat yang wujud dan masih diterapkan sehingga kini.
Berikut antara jenis anyaman ketupat yang perlu anda tahu;
#1 Anyaman Ketupat Jantung
Bentuknya seakan jantung menjadi tarikan, ia lebih mudah untuk dianyam dan sering digunakan untuk membuat ketupat nasi.
#2 Anyaman Ketupat Ikan
Anyaman ketupat ikan ini jarang dilihat kerana bentuknya seperti ikan yang membuatkan ia sukar sedikit untuk melakukannya.
#3 Anyaman Ketupat Tanduk
Anyaman yang menyerupai tanduk kerbau ini unik untuk membuatnya kerana di kedua-dua bucu anyaman perlu tirus untuk membentuk tanduk itu.
#4 Anyaman Ketupat Burung Tekukur
Anyaman jenis ini merupakan anyaman yang lebih susah untuk dibuatnya, bentuknya seakan burung tekukur menjadikan anyaman ini istimewa dan lain daripada yang lain.
Sumber: murai.my
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.