Merakam gambar dan video dengan kamera DSLR atau kamera pada telefon pintar sudah menjadi suatu perkara biasa. Pendek kata ke mana sahaja anda berada, pasti telefon pintar juga dibawa bersama. Tetapi jika anda merakam momen-momen ini dengan drone, pasti rakan-rakan lebih teruja. Ada yang ternganga beb! Iyalah, bukan semua orang ada drone, apatah lagi mampu terbangkan drone.

Kredit: Shutterstock
Jika belum memiliki drone atau berminat untuk menambah koleksi drone yang sedia ada, anda boleh menyertai peraduan Digi Menang Bersama. Peraduan yang bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2017 ini menawarkan pelbagai hadiah menarik berjumlah RM5,000,000 berupa gajet canggih seperti drone dan telefon bimbit serta bonus internet mingguan.
Cukup mudah untuk menyertai peraduan ini. Beli mana-mana produk internet atau daftar dengan mana-mana pelan Digi dan jawab soalan mudah di aplikasi MyDigi. Anda akan memperoleh 1 mata yang mewakili 1 entri untuk setiap RM1 yang dibelanjakan. Semakin banyak anda berbelanja, semakin tinggi peluang anda untuk menang! #DigiMenangBersama.
Anda boleh lakukan 9 perkara ini untuk nampak lebih cool dan dronesome dengan drone kemenangan nanti!
#1 Anda suka mengembara, mendaki puncak tertinggi gunung mahupun pergi ke lokasi yang jarang-jarang dikunjungi... Abadikan momen ini dengan drone. Ambil gambar kaki gunung dari puncak tertinggi. Bayangkan anda seekor burung yang sedang terbang bebas membelah angkasaraya!

Kredit: Shutterstock
#2 Lagi cool jika anda berselfie sambil meluncur salji, berenang bersama ikan lumba-lumba atau mungkin sedang melakukan aktiviti paragliding dan wakeboarding! Drone juga sesuai untuk yang suka travel seorang diri, lone ranger yang sebelum ini hanya mampu ambil selfie dengan wajah sepenuh skrin atau dengan portable stick.
#3 Sambil-sambil bersantai di atas cruise atau di tepi pantai, terbangkan drone ke tengah laut. Siapa tahu anda mungkin dapat melihat aksi sekumpulan dolphin melompat riang, paus biru berenang santai atau burung mencari makan.
#4 Drone juga boleh digunakan untuk spy lokasi filem. Iyalah hendak menonton secara dekat, terlalu ramai orang berpusu-pusu berkumpul di hadapan kamera, dapat tengok dari atas pun jadilah.
#5 Bayangkan anda terbangkan drone untuk tujuan suka-suka lalu terjumpa sebuah lokasi cantik terpencil di hujung jalan.
#6 Atau lagi epik jika anda terserempak orang menggali tanah untuk tanam harta. (Ok, point ini agak keterlaluan mungkin kerana kami terlalu banyak menonton filem). Tetapi siapa tau kan, tidak mustahil iyanya terjadi. Pesanan kami, jangan pula anda gali semula lubang itu, kerana kami tidak jamin apa yang bakal anda temui!
#7 Drone juga sesuai untuk anda yang merancang untuk mengabadikan sebuah video perkahwinan yang dronesome. Video perkahwinan biasa hanya mampu merakam dari bawah tetapi dengan drone keseluruhan lokasi perkahwinan dan wajah-wajah tetamu dapat dirakam dari pandangan atas.
#8 Peminat haiwan liar dan burung tentunya teruja dengan drone. Anda boleh rakam gambar dan video haiwan liar dan burung sambil melengkapkan koleksi gambar spesies-spesies yang sukar ditemui. Anda tidak perlu bersusah payah memanjat pokok di atas gunung, biarkan drone melakukan tugas itu.
#9 Tidak kurang juga yang sukakan aktviti yang merangsang adrenalin. Tahukah anda di Malaysia juga ada komuniti drone yang berlatih menggunakan gajet ini sebagai persediaan menyertai pertandingan. Anda boleh menjadi sebahagian daripada mereka. Siapa tahu andalah juara International Drone Grand Prix 2017 yang dicari!
Anda tidak perlu lakukan perkara yang tidak beretika untuk kelihatan awesome. Gunakan drone sebaik mungkin. Pastikan anda mengikuti undang-undang pengendalian drone yang telah ditetapkan di setiap negara.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.