Meskipun tahu perbuatan sihir adalah haram dan berdosa besar, namun ada juga segelintir manusia yang mengamalkannya atas tujuan tertentu.
Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna Facebook, Md Iruwan yang berkongsikan kejadian menimpa dirinya apabila dia dan keluarga telah cuba disihir oleh seseorang.
Beliau menunjukkan sehelai kain kuning, berserta dua balutan putih bersama-sama sekeping gambar dirinya bersama ahli keluarga. Lelaki ini juga percaya, perbuatan khianat ini telah menggunakan foto yang diambil dari laman Facebooknya sendiri, namun tidak menuduh mana-mana pihak yang melakukannya.
"Pada yang buat benda ni, terimalah balasan Tuhan nanti. Setahu aku, aku tak ada pun musuh. Terkejut aku kelmarin buka-buka sampul surat dapat benda macam ni.
Gambar ni aku tahu kau ambil dari Facebook aku dan aku tahu kau follow perkembangan aku dalam Facebook. Aku tak akan balas perbuatan kau ni, tapi kau kena ingat kuasa Tuhan lebih dari segala-galanya.
Kalau jadi apa-apa atas keluarga aku kau jawablah nanti. Tuhan Maha Adil dari segala-galanya dan kau nak isteri aku jadi gila dan mati. Tapi kau ingat, kalau Tuhan tak izin benda ni tak akan jadi.
Aku minta doa dengan Tuhan supaya Tuhan tunjuk dan azab sesiapa yang sanggup buat macam ni kepada keluarga aku. Aku tak takut mati sebab mati itu pasti kepada setiap yang hidup. Tapi aku minta dengan Tuhan panjangkan umurku sebab amalan aku masih tak cukup dan anak-anakku masih kecil.
Ya Allah, aku pohon kepadaMu kau tunjukkanlah kebenaran nanti. Amin.", tulisnya dilaman Facebook.
Perkongsian Md Iruwan ini juga telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya mendoakan agar beliau dan ahli keluarganya dilindungi oleh Allah SWT.
Sumber: Facebook Md Iruwan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.