Nur Aisyah Mohd Razip, 19, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Cupcake Aisyah telah membuat kejutan kepada ibunya dengan memberikan wang tunai RM10,000.
Cupcake Aisyah yang juga seorang Youtuber terkenal telah memberikan kejutan itu seperti yang dimuatnaik dalam video 'Surprising 10k To Mama'.
Ibunya, Datin Suhaini Mohamed Noor pada mula dilihat takut untuk memegang objek-objek dalam kotak yang dibuat khas oleh anaknya itu, namun tidak menyangka objek terakhir adalah sejumlah wang tunai.
Aisyah dalam pada lain juga berkata, beliau bukan berniat mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya hanya mahu memberi inspirasi kepada orang ramai agar tidak melupakan ibu dan bapa walau dimana kita berada.
Video yang dimuatnaik pada 29 Disember lalu sehingga kini mencecah tontonan melebihi 370 ribu di Youtube.
Terbaiklah Cupcake Aisyah!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.