Seorang pekerja pembersihan menjadi viral tumpuan warganet kerana kejujurannya menjalankan amanah ketika bekerja dengan memulangkan dokumen penting dan berharga.
Halimah, 29 yang bekerja di di Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta itu tular setelah terjumpa sebuah dompet yang berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta) ketika bertugas.
Malah, dia mengakui terkejut apabila terjumpa dompet berwarna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E dan tidak menyangka mempunyai cek bernilai sebesar itu.
“Cek itu, tertulis Rp 35.5 bilion (bersamaan RM10.4 juta). Saya terkejut kerana nilainya sangat besar hingga perlu melihatnya berkali-kali,” katanya.
Tanpa berfikir panjang, Halimah terus membuat laporan terhadap kehilangan barang itu kepada pegawai Keselamatan Penerbangan yang bertugas di Terminal 2.
“Tidak terfikir nak mengambilnya. Kita tanamkan rasa jujur, sekecil mana pun barang yang kita jumpa mesti dilaporkan.
“Sebelum ini saya sering jumpa pelbagai barang, tapi yang ini viral,” ujarnya.
Malah, lebih empat buah buku bank dan sebuah pasport juga tersimpan di dalam beg itu selain cek tersebut.
Majikannya, PT Angkasa Pura Solusi. Pengurus Besar BSH Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi, Toyib Fanani menghormati dengan sikap kejujuran Halimah dan menawarkan kenaikan pangkat satu peringkat kepadanya sebagai penyelia.
Sumber: Awani / Mingguan Wanita
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.