Hujung tahun lalu, China dilaporkan sedang membangunkan sistem penentududukan sejagat mereka dengan nama BeiDou-3 Navigation Satellite (BDS).

Sistem ini dilaporkan akan bersaing dengan sistem yang sama digunakan ketika ini iaitu GLONASS (Rusia), GALILEO (Eropah) dan GPS (Amerika Syarikat).
Dengan belanja kira-kira $10 bilion, sistem penentududukan dari China ini adalah generasi ketiga seumpamanya dan terdiri daripada 35 buah satelit dengan yang pertama dilancarkan sekitar 2015.
Dibawa ke angkasa dengan roket pembawa Long March-3B, satelit ke-55 ini telahpun dilancarkan bagi melengkapkan sistem rangkaian navigasi global BeiDou.
Menurut laporan, sistem BeiDou ini adalah lebih tepat dengan kemampuan komunikasi, ketetapan masa dan perkhidmatan navigasi berbanding sebelumnya.

Terdahulu, BeiDou-1 hanya digunakan untuk kegunaan domestik, manakala BeiDou-2 bagi perkhidmatan rantau Asia Pasifik, manakala BeiDou-3 ini pula adalah pada peringkat global.
Sumber: BBC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.