Susulan prestasi buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), pasukan Chelsea akhirnya memecat pengurusnya, Frank Lampard.
"Ini keputusan yang sangat sukar bagi kelab. Ia kerana saya mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Frank dan saya sangat menghormatinya," kata pemilik kelab Roman Abramovich.
Dalam saingan EPL ketika ini Chelsea di tempat kesembilan dalam carta dengan 11 mata di belakang pendahulu, Manchester United.
Lampard yang baru 18 bulan mengambil alih tugas sebagai pengurus Chelsea juga tewas dalam lima daripada lapan perlawanan terakhir EPL selepas mempamerkan permulaan musim yang baik.
Dalam perlawanan akhir, Chelsea menang 3-1 keatas Luton Town dalam pusingan ke-4 Piala FA, kelmarin.
Menurut laporan, bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel akan mengambil alih tugas Lampard.
Sumber: Goal.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.