Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Game On! Ceria Popstar Xtra Kembali Dengan Konsep Berbeza, RM20,000 Jadi Rebutan Bakal Juara

Siapa agaknya Juara ‘Ceria Popstar Xtra’?
Muhammad Izwan Zainal
08 Jun 2022, 06:19 PM

Program televisyen realiti bakat nyanyian, ‘Ceria Popstar Xtra’ kembali debgan konsep yang berbeza kali ini yang akan mula bersiaran pada setiap hari Rabu mulai 29 Jun 2022 ini, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

‘Ceria PopStar Xtra’ bakal membuatkan para penonton serta peminat teruja dengan kemunculannya menerusi elemen-elemen baharu yang akan diketengahkan berbanding dengan format asalnya. 

game on! ceria popstar xtra kembali dengan konsep berbeza, rm20,000 jadi rebutan bakal juara

Berkonsepkan gaming, ‘Ceria Popstar Xtra’ akan menampilkan bakat-bakat cilik tanah air yang bakal mengujakan penonton-penonton dengan kebolehan nyanyian serta kreativiti persembahan mereka.

‘Ceria Popstar Xtra’ merupakan titik permulaan bagi bakat-bakat terpendam ini dalam menggapai cita-cita untuk menjadi pelapis-pelapis industri seni pada masa akan datang.

Malah, program ini juga adalah program pertandingan nyanyian kanak-kanak pertama yang melakukan uji bakat secara online melalui TikTok, platform media sosial yang dipenuhi dengan hiburan bersesuaian dengan kanak-kanak dan remaja.

Seramai 10 peserta Ariff, Dilla, Amani, Damia, Faleeq, Iqmal, Dhiyaa, Zaki Yamani, Adik Marsha dan Dinda Dania dipilih menerusi uji bakat tertutup yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi pada 26 Mac 2022. Semua peserta yang telah disenarai pendek adalah penyanyi solo yang berbakat. Mereka akan dilatih oleh barisan selebriti berpengalaman dari segi vokal, tarian dan juga reka bentuk set mereka.

game on! ceria popstar xtra kembali dengan konsep berbeza, rm20,000 jadi rebutan bakal juara

Selain itu, program ini tampil lebih dengan karakter misteri dikenali sebagai C-X yang juga merupakan juri misteri. C-X hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh program ini.

Persona C-X tidak akan diketahui kerana C-X tidak akan muncul bersama para juri yang lain dan hanya suaranya sahaja yang akan didengar bersama paparan animasinya pada skrin.

Antara kelebihan C-X adalah dia mempunyai imuniti untuk menyelamatkan perserta daripada tersingkir yang hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam musim ini. Dia juga boleh memberi komen tambahan kepada peserta-peserta selain komen para juri yang lain.

Bersiaran selama lapan minggu, ‘Ceria Popstar Xtra’ dipecahkan kepada beberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran seperti konsert solo mengikut kisah masing-masing, persaingan duet serta medley lagu artis lokal dan antarabangsa. Secara uniknya, penyingkiran setiap peserta juga bergantung kepada ‘nyawa’ mereka yang ditentukan seperti konsep gaming yang sebenar.

game on! ceria popstar xtra kembali dengan konsep berbeza, rm20,000 jadi rebutan bakal juara

Selain itu, pengacara, pelakon, pelawak dan pengarah versatil popular Malaysia, Nabil Ahmad kembali mengacara program ini bersama-sama dengan penyanyi serba boleh, Elly Mazlein.

Keceriaan program ini diserikan lagi dengan penampilan Johan dan Mas Idayu sebagai juri
tetap. ‘Ceria Popstar Xtra’ turut membariskan nama-nama hebat sebagai juri jemputan yang digelar sebagai Xvengers. 

Tugasan Guru Vokal pula digalas oleh Azrin Noor, iaitu guru vokal All Together Now Malaysia. Manakala naib juara All Together Now Malaysia musim pertama, Zaidy dilantik sebagai sebagai Guru Tarian.

Dengan tagline ‘Game On!’, program yang menggabungkan elemen pertandingan nyanyian dengan konsep gaming ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih unik dan mengujakan dengan pelbagai sisipan kreativiti yang menarik serta dalam masa yang sama mengekalkan format asalnya.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}