Kebanyakkan daripada kita gemar untuk menyimpan makanan ditempat sejuk beku dalam satu tempoh masa yang lama, sehingga tidak sedar tempoh tamat makanan tersebut.
Tanpa kita sedar, cara untuk defrost atau nyahbeku makanan yang salah akan menyebabkan keracunan makanan.
Menerusi perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, sebagai pengguna, kita perlu tahu cara yang betul untuk menyejukbeku dan menyahbeku bahan mentah, bagi mengelakkan kontiminasi, seterusnya kepada keracunan makanan.
“SEBENARNYA, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer. Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena cuci bersih-bersih. Selepas itu, potong dan simpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.
Tapi, jangan curi-curi guna Tupperware kesayangan mak kau, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi kalau gitu. Hehe
Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.
"Habis, cara nyahbeku bahan mentah yang betul macam mana?"
Camni:
Meletak bahan mentah di bawah air yang mengalir sehingga bahan mentah menjadi lembut.
Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller dan dibiar semalaman.
Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Tapi, jangan microwave Tupperware mak kau orang walaupun situ tulis microwaveable. Jangan cari nahas!
Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kau masak, bahagian yang ada ais itu, hidup balik. Hahaha. Taklah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.
Okeylah. Itu je! Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!
Medtweetmy
#BKKMnakpesan #BKKMHQ..”
Sumber: Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.