Laman sosial Facebook sememangnya tidak asing lagi dalam dunia media sosial. Kepentingannya adalah berbeza kepada setiap pengguna.
Kini, pengguna Facebook berpeluang untuk menikmati kemas kini terbaru menerusi aplikasi berkenaan iaitu fungsi dark mode.
Dilaporkan juga pihak Facebook kini sedang mengemas kini reka bentuk antaramuka laman Facebook.com dengan menjadikannya lebih mudah, kemas dan mesra pengguna.
Selain fungsi dark mode, tiga akses mudah kepada Event, Feed dan Group serta iklan di Facebook juga telah ditambah baik.
Facebook juga memaklumkan bahawa kesemua fungsi ini kini sudah ditawarkan kepada semua pengguna diseluruh dunia. Jadi, anda boleh sahaja aktifkan fungsi dark mode ini pada aplikasi di telefon pintar atau desktop.
Bagi yang ingin menukar kepada fungsi dark mode,
- Klik tanda arrow kebawah pada bahagian hujung dan cari setting.
- Klik pada “Switch to new Facebook”.
Bagaimanapun jika anda mahu menukar kembali fungsi dark mode ini kepada sebelumnya, anda boleh pilih ‘Switch to Classic Facebook’ pada bila-bila masa dan ia akan berubah serta merta.
Jika anda masih belum dapat fungsi dark mode ini, jangan bimbang kerana ia pasti akan tiba pada anda tidak lama lagi. Namun, jika anda tidak sabar mahu menggunakan fungsi dark mode ini pada browser di Google Chrome, anda boleh cuba cara berikut:
1. Buka Google Chrome, dan cari chrome://flags/
2. Cari ''Force Dark Mode for Web Contents", dan setkan kepada "Enable".
Selamat mencuba!
Sumber: TheVerge
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.