Pernah tak terjadi pada anda, sedang anda berehat tiba-tiba sahaja anda diserang sedu? Rasa tidak selesa bila terjadi sedu pasti dirasai oleh semua orang yang pernah mengalaminya.
Menurut rekod dunia, Charles Osborne memegang rekod tempoh sedu paling lama di dunia, iaitu selama 68 tahun, daripada tahun 1922 sehingga 1990.
Berikut adalah 5 cara yang mungkin berkesan untuk mengurangkan rasa sedu.
1. Tutup Telinga
Tutup telinga selama 20 hingga 30 saat. Ini akan menghantar isyarat ‘santai’ melalui saraf vagus, yang menghubungkan diafragma pada abdomen.
2. Minum seteguk air
Kaedah ini mungkin berkesan selepas beberapa kali cubaan. Selain itu, anda juga boleh cuba untuk berkumur.
3. Minum sambil tutup telinga
Letakkan jari pada telinga ketika minum, anda akan menekan saraf vagus seterusnya meredakan rasa sedu.
4. Bernafas dalam beg kertas
Keadaan ini akan meningkatkan tekanan separa karbon dioksida dalam darah, membuatkan diafragma lebih dalam untuk membawa lebih banyak oksigen.
5. Minum madu atau lemon
Madu atau lemon yang diambil bersama air suam akan merangsang saraf vagus dan memberikannya rehat dari sedu.
6. Makan benda manis
7. Jelirkan lidah
8. Minum sambil gigit pensel
Anda ada cara lain untuk mengurangkan sedu? Share jom dengan kitorang!
Sumber:
Foto: Brightside
Artikel: Nakbebel
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.