Aplikasi Instagram telah menambah Vanish Mode, iaitu fungsi baru yang membolehkan anda menghantar mesej yang akan terpadam sendiri.
Ini adalah salah satu kaedah termudah untuk merahsiakan mesej anda, walaupun hakikatnya ia tidak selamat sepenuhnya.
Sebaik sahaja anda selesai menghantar mesej kepada penerima, teks mesej itu akan hilang dan terpadam sendirinya.
1. Pertama, anda perlu memastikan aplikasi Instagram anda telah dikemas kini.
2. Pergi ke Apple App Store atau Google Play Store untuk melihat apakah anda menggunakan versi terbaru Instagram.
3. Kemudian buka Instagram dan klik pada ikon DM.
Untuk permulaan, satu mesej meminta anda update, dengan menghubungkan Instagram dan Facebook Messenger muncul pada skrin. Tekan pada button UPDATE.
Namun jangan pula panik jika anda tidak melihat pop-up itu, kerana ia mungkin memakan sedikit masa buat sesetengah pengguna.
4. Setelah Instagram anda ditingkatkan, anda akan mendapat akses ke Mod Hilang (Vanish Mode).
5. Buka ruangan DM dan kemudian swipe ke atas bagi mengaktifkan Mod Penyamaran di mana chat anda itu akan terpadam selepas selesai sesi perbualan anda.
6. Disini, anda juga akan mendapat beberapa ciri kemas kini lain seperti membentuk semula catatan, bertindak balas terhadap mesej dengan emoji, dan menukar warna chat.
Penting untuk diingatkan sekali lagi bahawa mesej yang dihantar menggunakan mod hilang ini tidaklah selamat 100%. Penerima masih boleh membuat screenshot atau merakam skrin paparan mesej anda, meskipun anda mengaktifkan mod hilang ini.
Oleh itu, ingatlah untuk tidak menghantar apa-apa yang boleh memalukan diri anda sendiri.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.