Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal dilihat semakin menjadi popular dalam kalangan rakyat.
Namun, ada segelintir pihak yang berbasikal dikawasan yang merbahaya seperti atas jalan raya yang sesak, meskipun kawasan ini adalah dilarang seperti menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya termasuk mereka yang berbasikal adalah selamat, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mencadangkan agar basikal dipasang dengan nombor plat serta memerlukan lesen khas.
“MIROS sedang mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal memandangkan ia menjadi trend dan minat bagi kebanyakkan masyarakat,” jelas Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kasim kepada Utusan Malaysia.
Usaha ini dilihat sebagai salah satu cara dalam menjaga keselamatan dan keselesaan penunggang basikal daripada terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya.
Dalam perkembangan lain, aktiviti berbasikal atas jalanraya kini juga dalam pemerhatian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
Sumber: Utusan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.