Selepas memperkenalkan update dimana membolehkan mesej terhapus sendiri, aplikasi WhatsApp kini selangkah kehadapan dengan memperkenalkan fungsi membeli-belah.
Didatangkan khas bagi membantu para peniaga di aplikasi WhatsApp Business, fungsi ini dilihat memudahkan para peniaga untuk meletak katalog produk atau barangan yang dijual, dan dihantar kepada pelanggan masing-masing.
Pelanggan akan terlihat logo store pada sebelah nama peniaga, yang menggantikan button panggilan suara, dimana button store ini ia akan membawa mereka kepada katalog yang telah disediakan oleh peniaga.
Dengan ini, peniaga tidak lagi perlu menghantar katalog secara manual setiap kali berurusan dengan pelanggan.
Jika anda adalah peniaga, anda disarankan untuk menambah fungsi ini pada WhatsApp perniagaan anda. Yang penting adalah anda perlu mempunyai Facebook Shop terlebih dahulu.
Terdahulu, WhatsApp memperkenalkan mesej yang boleh hapus sendiri, dimana ia boleh menjimatkan ruang storan peranti anda.
Sumber: WhatsApp
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.