Jika kebiasaannya orang ramai lebih suka memilih untuk memelihara kucing atau arnab sebagai haiwan peliharaan, berbeza pula dengan keluarga di Indonesia ini.
Video yang tular dipercayai dirakam di bandar Tangerang di pulau Jawa, Indonesia itu, menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan selesa memberus gigi anak buaya yang bersamanya di dalam bilik air.
Kanak-kanak perempuan yang dikenali dengan nama Mahari itu telah dilatih untuk menjaga buaya berkenaan sejak kecil oleh bapanya yang juga seorang pencinta haiwan.
Dalam video itu, Maharani dilihat meletakkan ubat gigi sebelum memberus gigi anak buaya yang berendam bersamanya di dalam besen.
Selain buaya, kelihatan juga seekor ular dan burung enggang yang berada bersebelahan dengannya di dalam bilik air itu.
Sumber: Awani / Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.