Sumber: FB Harith Faisal
Nak masuk belajar universiti ke nak kerja ke semua perlukan gambar potongan passport. Dah 2017 ni gambar passport 4 keping pun dah mahal. Kadang-kadang rasa tak berbaloi pula nak bayar untuk gambar kecil tu kan? Tapi lelaki nama Harith Faisal ni share macam mana dia save duit RM 26 edit gambar passport sendiri.
"DIY GAMBAR PASSPORT PAKAI FON.
Saya berjaya jimat RM26 hari ni! Maklumlah, zaman kos sara hidup tinggi ni, selagi boleh jimat, kita jimatlah, kan. 16 keping gambar passport pada harga RM2 saja.
Semudah ABC! Boleh follow tutorial yang saya kongsikan ni. Baca penerangan pada setiap gambar kat bawah ni dengan nada, intonasi dan emosi yang gembira dan teruja.
Bahan-bahannya,
1. Smartphone
2. Pendrive 4GB kuning
3. Otak yang smart
4. Sedikit kerajinan
Langkah 1: Kau ada smartphone, kan. Jadi kita pun kenalah jadi smart user. Kau masuk kat Play Store dan cari app "Photo Grid" ni. Percuma.
Langkah 2: Kau ambil gambar hensem-hensem macam ni. Ala, pakai smartphone je. Tak payah DSLR harga ribu-ribu tu. Ingat! Kita nak jimat dan senang.
Yang bahagian bawah, tak kisah. Asalkan yang atas hensem dan kemas. Background pakai kain biru terus kalau nak senang. Kalau tak, kau kena guna PhotoShop pula untuk edit background tu.
Kalau kau ada softcopy gambar passport yang lepas-lepas lagi senang, pakai yang tu sajalah. Kadang-kadang kau ada dapat CD orang kedai foto bagi untuk simpanan kau sendiri.
Oh ya. Lagi satu, jangan selfie pulak ya.
Langkah 3: Kau pilih Potrait dan crop gambar kau ikut nisbah 3:4. Pastikan objek iaitu muka dan badan kita penuh 3/4 daripada gambar yang akan di"crop" tu.
Langkah 4: Kau rotate 90 degree clockwise atau anti-clockwise. Mana-mana pun boleh. Klik sekali saja, okay.
Langkah 5: Kemudian, kau save gambar yang terhasil tu dengan senang hati.
Langkah 6: Kau pilih 8 kali gambar yang kau save tadi. Sebab kau nak buat 8 gambar passport, kan.
Langkah 7: Pilih susunan macam yang saya tunjukkan kat atas tu. Kalau kau pilih susunan lain, sah-sah memang tak jadi. Percayalah!
Langkah 8: Yang penting, kau kena pilih nisbah 2:3 untuk gambar tu sebab itu ukuran nisbah untuk gambar saiz 4R.
Kau nampak Border tu? Klik Border dan adjust mana-mana yang patut supaya ada ruang yang pisahkan kesemua 8 gambar tu.
Langkah 9: Kemudian, kau Save gambar tu guna kualiti yang terbaik, 2048P.
Bila dah siap save tu, kau rotate balik gambar tu jadi macam ni semula. Siap! Simpan dalam pendrive 4GB kau tu. Pendrive tu banyak jasa simpan MP3 dan 3gp zaman kat universiti dulu.
Sekarang kau pergi ke kedai foto yang dekat. Jangan kau pergi showroom Honda pula. Tak jadi nanti. Kau tanya kat tokey kedai tu, "Bang, nak print satu gambar 4R berapa ringgit ye?".
Kalau dia kata RM5, memang sahlah kau kena kelepet dengan dia. Haha! Tapi, kalau dia jawab RM1, kau terus buat dengan dia. Minta dia print 2 keping gambar tadi pada saiz 4R.
Maka, kau akan dapat 16 keping gambar passport dengan harga RM2 saja. Memang jimat level tinggi ni. Dahlah senang pulak tu, kan. Nak tau berapa harga biasa dia?
[Harga biasa - paling murah]
4 keping: RM10
8 keping: RM16
12 keping: RM22
16 keping: RM28
Kau dah jimat RM26 tau! Tahniah!
Lain kedai, lain caj dia. Ada kedai yang caj sampai RM40 untuk 16 keping gambar passport, RM18 untuk 4 keping gambar passport pun ada. Wow! Nasiblah ya.
Kau pun bolehlah melangkah balik ke rumah dengan senang hati. Sampai di rumah, kau cari gunting yang tajam dan guntinglah mana-mana yang patut. Takkan nak kena tunjuk juga.
Haha!
Selamat mencuba gais. Nak hidup jimat, kena usahalah sikit, kan. RM26 sangat bernilai tau hari ni. Kau apa tau. Boleh beli pampers anak saya satu pack besar ye. Haha! - HF
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.