Jika anda seorang pekerja dan berasa ditindas, kebajikan tidak terjaga atau tidak menerima gaji setimpal, anda sebenarnya boleh membuat laporan mengenainya kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Memetik laporan Awani, Pengarah Bahagian Standard Perburuhan JRKSM, Mohd Asri Abdul Wahab berkata, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menjaga kebajikan pekerjanya dan mewujudkan persekitaran yang selesa.
Majikan yang gagal menjaga kebajikan pekerja boleh dikategorikan sebagai menggaji 'buruh paksa'.

"Majikan yang menggajikan pekerja asing dan tempatan ini perlu memastikan wujudnya keselesaan kepada golongan itu selepas seharian bekerja.
"Kita juga mahu mengingatkan orang awam untuk menjadi mata dan telinga JTKSM sekiranya mengetahui ada majikan yang melanggar peraturan pekerjaan. Pekerja juga boleh melaporkan sendiri jika mereka berasa ditindas dan tidak dibayar gaji yang setimpal, kepada pejabat JTK," katanya kepada pemberita.
Jika anda merasa ditindas, anda boleh hadir sendiri dan beri kenyataan bersumpah di hadapan Pegawai untuk merekod tuntutan, selain mengemukakan dokumen-dokumen/maklumat-maklumat penting seperti:-
- Nama dan alamat surat menyurat pengadu (Kad Pengenalan)
- Nama dan alamat tempat pekerjaan (Sumber SSM)
- Butir-butir pendapatan dan slip gaji (jika ada)
- Surat pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan (jika ada)
- Surat penamatan (jika ada)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk kepada laman sesawang JTKSM.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.