Jika anda perasan, ada banyak warna yang berbeza bagi topi keselamatan pekerja-pekerja di tapak binaan. Ada warna putih, kuning, hijau, merah dan biru. Malah bagi sesetengah tempat, warna coklat dan kelabu juga digunakan. Apa yang membezakan warna-warna ini?
Menurut portal Civilology, perbezaan warna pada topi atau helmet keselamatan ini mungkin berbeza mengikut pada syarikat, namun terdapat satu standard yang perlu diikuti.
Tujuan membezakan warna topi keselamatan ini adalah untuk:
- Mengenali seseorang serta tanggungjawabnya
- Mengelakkan kemalangan.
- Perlindungan asas kepada kepala.
Berikut adalah perbezaan warna topi keselamatan mengikut kepada pemakainya:
Warna putih – Manager, engineer, supervisor dan foremen.
Warna biru – Electrician, carpenters dan operator teknikal yang lain selain daripada pekerja sivil atau buruh.
Warna hijau – Safety officers.
Warna merah – Fire fighters.
Warna kuning – Pekerja buruh.
Warna coklat – Welders dan pekerja yang mengendalikan mesin panas dan bertekanan tinggi.
Warna kelabu – Pelawat ditapak binaan.
Walaubagaimana pun, warna-warna di atas tertakluk kepada syarikat yang menguruskan tapak binaan itu sendiri.
Selamat hari pekerja buat semua!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.