Seorang bekas diplomat ditahan bersama anaknya apabila kantoi tanam kira-kira 100 pokok ganja yang ditemui di pekarangan rumah mereka di Janda Baik, Pahang.
Dia yang berusia 78 tahun itu ditemui selepas serbuan kira-kira jam 6 petang dibuat di kediaman mereka.
Memetik laporan The Star, pihak berkuasa menahan mereka ketika satu serbuan dilakukan pada Sabtu, 21 Mei lalu manakala anak lelakinya yang berusia 53 tahun ditahan di Shah Alam pada Isnin, 23 Mei.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan kejadian ini ketika dihubungi.
“Kami merampas pokok ganja dan beberapa barangan lain. Ketika ini, JSJN sedang menyiasat bagaimana suspek berjaya mendapatkan bekalan untuk menanam pokok ganja. Kami juga sedang menyiasat peranan yang dimainkan oleh kedua-dua lelaki dalam perkara ini,” katanya.
Malah, Ketua Polis Pahang Komisioner Datuk Ramli Mohamed Yoosuf juga dijangka akan memberikan kenyataan lanjut mengenai kes berkenaan.
Sumber: The Star, Oh Media!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.