Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan pembelian barangan online.
Menurut kenyataan itu, SKMM memberi amaran keras kepada pihak pengurusan syarikar kurier agar bertindak untuk memperbaiki tatacara pengendalian barangan yang telah dibeli oleh pelanggan mereka.
Selain itu, SKMM juga menyeru kepada pengguna untuk memahami dan mengetahui hak anda sebelum memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran.
Kalau ada barangan yang dibeli dihantar dalam keadaan rosak ataupun tidak dihantar langsung dengan alasan kerana hilang, anda boleh melakukan dua perkara:
1. Hubungi penyedia perkhidmatan untuk membuat sebarang aduan dan tuntuan.
2. Kalau tak puas hati dengan cara atau penyelesaian yang diberikan, laporkan kepada pihak SKMM melalui laman https://aduan.skmm.gov.my/ bagi memudahkan urusan sediakan maklumat lengkap agar siasatan dan tindakan susulan dapat diambil.
Sumber: MCMC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.