Bagaimanakah anda pergi ke sekolah? Adakah anda terpaksa berjalan kaki dibawah panas terik?
Jika anda merasakan kesukaran untuk ke sekolah, baru-baru ini tular dilaman sosial apabila seorang bapa dilihat meletakkan anaknya di dalam sebuah beg plastik besar demi menyeberangi sungai untuk ke sekolah.
Foto yang dipercayai di rakam di Vietnam itu adalah kerana bagi mengelakkan baju anaknya basah dan mereka juga terpaksa berjalan sejauh 15km untuk ke sekolah.
Rata-rata komen daripada netizen merasakan sebak dan tidak menyangka pengorbanan mereka sehingga ke tahap itu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.