Umum mengetahui tentang pertarungan Khabib Nurmagomedow dengan Conor McGregor yang berakhir dengan kemenangan bermaruah Khabib.
Walaupun sebelum ini Conor McGregor telah menghina keluarga dan agama Khabib, serta melabelkan bapa Khabib iaitu Abdulmanap sebagai pengecut, Abdulmanap tetap memaafkan petinju tersebut.
Malah, Abdulmanap turut menjemput Conor untuk menghadiri sukan pertempuran di Rusia yang dikenali sebagai Sambo, pada Disember ini.
Sambo adalah pertempuran di Rusia yang bermaksud ‘pertahanan diri tanpa senjata’
"Tetamu yang dikenali, saya menjemput rakan rapat kami Oleg Taktarov (pelakon dan bekas petinju UFC) dan McGregor sekali lagi ke kejohanan tersebut.
"Saya kata saya mahu maaafkannya, adalah penting untuk bersikap baik hati," kata Abdulmanap.
Sumber: The Irish Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.