SUKMA 2016 yang lalu menyaksikan nama Khairul Hafiz Jantan mencipta rekod kebangsaan yang baru apabila berjaya mencatatkan masa 10.18 saat dalam acara 100 meter.
Terbaru, nama Muhammad Azeem mula dikenali ramai apabila beliau mencatatkan bacaan masa bawah 11 saat bagi acara 100 meter untuk kategori B-15 MSSM.
Muhammad Azeem merupakan atlet muda dari Perak dan kini berusia baru 15 tahun. Selain acara 100 meter, Azeem juga mencatatkan rekod dalam acara lompat jauh. Wow!
Rata-rata komen menyatakan rasa bangga dan kagum dengan kebolehan Azeem dan mendoakan beliau untuk pergi lebih jauh dan mengharumkan nama negara diperingkat dunia. Cayalah Azeem!
Sumber: @TeamMalaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.