Ekoran daripada penularan wabak Coronavirus atau Covid-19, kerajaan Arab Saudi telah menggantung sementara kemasukan jemaah umrah dan lawatan ke Masjid Nabawi, khasnya daripada negara-negara yang wujud kes jangkitan.
Menurut Menteri Luar Arab Saudi, langkah itu diambil bagi memberi perlindungan terbaik kepada setiap individu yang datang untuk melakukan umrah atau melawat Masjid Nabawi.
”Langkah berjaga-jaga ini berdasarkan syor pihak berkuasa kesihatan yang kompeten untuk menggunakan standard pencegahan yang paling tinggi dan mengambil langkah-langkah pencegahan proaktif bagi mencegah penularan Covid-19,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Setiap tahun, hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi, dengan majoriti daripada mereka mendarat di lapangan terbang Jeddah dan Madinah.
Setakat ini, jumlah kes telah mencecah 81,734 orang dengan 2,771 orang telah meninggal dunia akibat terkena jangkitan Covid-19 diseluruh dunia.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.