Melihat kepada situasi semasa bila banyak kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak akibat terpegaruh dengan laman sosial, seorang wanita tampil berkongsikan satu aplikasi mudah yang boleh digunakan ibu bapa.
Aplikasi Google Family Link for children & teens ini telah dikeluarkan oleh Google LLC, dikatakan mampu mengawal semua aktiviti anak-anak, termasuk mengetahui lokasi mereka.
Perkongsian ini dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Azmuhaini Aini, yang sehingga kini mendapat lebih 22 ribu perkongsian.
Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.
App ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak.
Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerje sekolah.
Tapi semua ada limit.
so saya install app ni Family link.
kat app ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. contoh dia tengah online ke. dia tengah tengok youtube ke. tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. dan paling penting saya tahu location hp nya berada dimana. tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebab nya ada notifiication.
dan di app ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. so sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.
Update ::
1) application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye.
nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan.
-- Untuk hp parent kena install google family link for parent
dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens
2) anak nak uninstall. biarlah sebab tak boleh pun. kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.
3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. game pun boleh kawal.
4) semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.
selamat mencuba
Sumber: FB Azmuhaini Aini
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.