Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Aplikasi MySejahtera Hak Milik Kerajaan, Tidak Dijual Kepada Pihak Swasta

Muhammad Izwan Zainal
31 Mar 2022, 09:10 PM

Aplikasi MySejahtera adalah milik sepenuhnya kerajaan dan tidak dijual oleh pihak swasta.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, beliau menegaskan tidak timbul isu penjualan MySejahtera kepada pihak swasta.

aplikasi mysejahtera hak milik kerajaan, tiada dijual kepada pihak swasta

Malah, keputusan Jemaah Menteri bertujuan untuk membolehkan pemilikan MySejahtera dipindahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada bulan November lalu.

"Apabila saya dilantik menjadi Menteri Kesihatan pada 30 Ogos 2021 dan meneliti tadbir urus di sebalik pengoperasian aplikasi MySejahtera, saya berpandangan adalah wajar untuk KKM mengambil alih sepenuhnya pengendalian dan operasi MySejahtera memandangkan fungsi utama MySejahtera serta data yang diperolehi menerusi aplikasi ini merupakan data berkaitan kesihatan.

"Oleh yang demikian, pada 26 November 2021, suatu Memorandum Jemaah Menteri oleh Jabatan Perdana Menteri (Kementerian bertanggungjawab bagi Majlis Keselamatan Negara) telah dibincangkan yang akhirnya dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri agar pemilikan aplikasi MySejahtera dipindahkan daripada MKN kepada KKM yang bertujuan memudahkan pengoperasian sistem, pemantauan dan pengesanan kontak dan memperkasa hebahan tentang kesihatan awam," katanya.

Tambahnya, desas-desus mengenai pembayaran yang dibuat adalah berkait penggunaan API Google Map di dalam aplikasi tersebut.

"Sekali lagi saya ingin tekankan bahawa kerajaan sehingga ke hari ini masih belum melulus atau membuat apa-apa pembayaran kepada pengendali aplikasi MySejahtera.

"Kerajaan dan Kementerian Kesihatan akan memastikan apa-apa keputusan berhubung pembayaran akan mengambil kira kepentingan negara dan rakyat," katanya.

Jadi, rundingan yang masih berjalan ketika ini masih diusahakan bagi mencapai situasi menang-menang untuk mendapat kata putus.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}