Artikel ini ditaja oleh Yusrich Global dan DMY Creation
Kredit: DMY Creation; Edit: ERA
Berapa umur korang masa tahun 1993 sampai 1998? Ada yang masih bersekolah rendah, baru habis belajar dan tak kurang juga yang belum lahir lagi kan? Ha, sama la kita!
Time tu surelah kita yang paling sibuk, ehem... sibuk bermain ke sana sini!
Tetapi dari tahun 1993 sampai 1998 tu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dah pun berada di arena politik dan dah memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bila dah berada di atas, memegang jawatan penting negara, dah tentu pelbagai kesukaran dilalui.
Dan kisah jatuh bangun inilah yang diangkat dalam filem Anwar: The Untold Story
Kredit: DMY Creation
Filem arahan Viva Westi, pengarah terkenal Indonesia dan cerita asal oleh Zunar ini mengisahkan perjuangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam melawan rasuah serta pengorbanan serta kesetiaan seorang isteri.
Anwar, The Untold Story membawa penonton melihat sendiri bagaimana Dato’ Seri Anwar menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dengan tegas dan pada masa sama enggan menggunakan wang rakyat untuk membantu syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit.
Kerana ketegasan inilah beliau difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul dan dibiarkan tanpa rawatan sehingga beberapa hari. 😢
Korang dah tengok ke belum filem ini? Rata-rata yang dah tengok bagi feedback positif tau?
Untuk yang belum tengok, korang memang kena book tiket sekarang! Filem ni dah ditayangkan sejak 18 Mei lepas di 122 pawagam seluruh Malaysia!
Tapi sebelum tu, jom check out perkara-perkara menarik tentang filem ni.
5 Fakta Menarik Filem Anwar, The Untold Story
#1 Adaptasi Kisah Benar
Filem ini diadaptasi daripada kisah benar yang diceritakan sendiri oleh Dato’ Seri Anwar serta insan terhampir yang menyaksikan jatuh bangun, pengorbanan tokoh terkenal ini dan keluarganya.
#2 Gabungan Beberapa Negara
Tiga buah negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura bergabung untuk menghasilkan filem ini. Antara pelakon yang terlibat termasuklah Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau & Dewi Irawan.
Kredit: DMY Creation
#3 OST Yang Menusuk Kalbu
Kutipan hari pertama tayangan ialah RM1.3juta dan penghasilannya mengambil masa beberapa tahun. Selain jalan cerita dan barisan pelakon, korang memang kena dengar OST filem ni – Menjaga Cintamu nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Touching habis weyh!
#4 Lokasi Penggambaran
Ada beberapa lokasi yang terlibat dalam penggambaran termasuklah Permatang Pauh, Malaysia dan Kalimantan, Indonesia.
#5 Scene Air Mata
Tengok trailer pun dah boleh agak yang korang kena sedia tisu masa tengok filem ni. Ada banyak part sedih! Antara yang dikongsikan adalah scene mencuri buah pala. Mengapa scene ini dikatakan antara yang paling sedih? Ha, korang kenalah tengok sendiri!
So guys, jomlah beli tiket sekarang! Inilah masanya untuk korang selami dan fahami apa yang terjadi sepanjang perjuangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam dunia politik.
Check out je kat sini untuk senarai penuh pawagam terlibat!
“Kalau takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan”. 🔥