Jika sains moden menulis nama Yuri Gagarin sebagai manusia pertama ke angkasa lepas pada tahun 1961, diikuti oleh Alan Shepard, dan Neil Amstrong sebagai manusia pertama ke bulan, berbeza pula dengan lagenda kuno China.
![sebenarnya,lelaki china ini adalah orang pertama ke angkasa lepas, nasa pun setuju](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2018/oct-18/astronout.jpg)
Nama Wan Hoo, tertulis dalam entri dalam portal web NASA, sebagai manusia pertama ke angkasa lepas dan yang pertama menjejakkan kaki di bulan pada abad ke-16.
![sebenarnya,lelaki china ini adalah orang pertama ke angkasa lepas, nasa pun setuju](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2018/oct-18/screen-shot-2018-10-03-at-1-48-44-pm.png)
Tertulis dalam artikel oleh John Watkins, dan diterbitkan dalam majalah Scientific American, nama Wan Hoo dikatakan sebagai manusia pertama ke angkasa lepas dengan menggunakan kerusi buluh rotan.
![sebenarnya,lelaki china ini adalah orang pertama ke angkasa lepas, nasa pun setuju](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2018/oct-18/wan-hu2.gif)
Kerusi buluh rotan itu dipasangkan bersama 47 roket buluh, dengan setiap buluh diisikan serbuk letupan.
![sebenarnya,lelaki china ini adalah orang pertama ke angkasa lepas, nasa pun setuju](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2018/oct-18/10316153203_efcbb6df25_b.jpg)
Ketika pelancaran kerusi buluh itu, serbuk letupan dihidupkan dan terdapat banyak asap tebal. Selepas asap hilang, kelibat Wan Hoo telah tiada. Ada yang mengatakan Wan Hoo telah selamat berada di angkasa, dan ada yang menyatakan Wan Hoo telah mati di dalam letupan.
Namun, nama Wan Hoo tetap dicatat dalam sejarah astronomi dunia, malah terdapat satu kawah pada bulan yang diberikan nama Wan-Hoo sebagai tanda memperingati beliau.
![sebenarnya,lelaki china ini adalah orang pertama ke angkasa lepas, nasa pun setuju](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2018/oct-18/screen-shot-2018-10-03-at-1-49-38-pm.png)
![sebenarnya,lelaki china ini adalah orang pertama ke angkasa lepas, nasa pun setuju](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2018/oct-18/260px-wan-hoo_satellite_craters_map.jpg)
Sumber: NASA / Elite Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.