Seorang ibu berusia 33 tahun terkejut apabila mendapati muka anaknya menjadi merah akibat daripada lipstik.

Ketika kejadian, Victoria yang berasal dari Willenhall mendakwa beliau hanya meninggalkan anak perempuannya, Sofia, pada sofa hadapan sambil anaknya menonton rancangan kegemarannya pada tablet.

“Saya tinggalkan Sofia pada kerusi sambil dia menonton rancangan kegemarannya pada tablet, sementara saya sedang mengemas dapur.
“Saya tidak dengar Sofia membuat bising dan beranggapan dia sedang seronok dengan rancangannya.
“Saya kembali ke ruang tamu dan mendapati Sofia naik ke tingkat atas sambil mengambil beg make up yang berada dalam almari dibilik saya.
“Selang 10 minit kemudian, dia berlari ke bilik dengan mukanya yang merah sambil tersenyum lebar. Ketika itu saya tahu dia telah menggunakan lipstik saya”, kata ibu berkenaan pada pemberita.

Victoria bagaimanapun tidak memarahi anaknya dan menganggap ia sangat kelakar.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.