Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

‘AME 2021’ Kembali! Bakal Lakar Sejarah, Anugerah Pertama Malaysia Dalam Fasa Peralihan ke Endemik

Tak sabarnya!
Muhammad Izwan Zainal
20 May 2022, 05:35 PM

Acara yang dinanti-nantikan, Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan atau ‘AME 2021’ yang bertemakan busana Glam Legend dengan tagline #YangFreshYangLegend bakal menemui para penonton pada 29 Mei secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), eksklusif di platform Astro Ria (104), Astro GO, On Demand dan sooka.

‘ame 2021’ kembali! bakal lakar sejarah, anugerah pertama malaysia dalam fasa peralihan ke endemik

Pada kali ini, ‘AME 2021’ menjanjikan lebih banyak kemeriahan dan kejutan kerana dalam fasa endemik, penganjuran anugerah ini mampu dilakukan dengan lebih sempurna dari segi persembahan, kehadiran para penonton mahupun selebriti dan gimik. Acara ‘AME2021’ juga diaktifkan oleh penaja utama, 100PLUS.

Edisi kali ini turut memperkenalkan tagline tambahan #TetibaAME2021 yang bersesuaian dengan pengumuman Hari Raya secara mengejut yang meriuhkan satu negara sehinggakan impaknya masih dirasai sehingga ke hari ini. Buat julung kalinya, AME2021 dianjurkan pada bulan Syawal dan akan membariskan persembahan berkonsepkan Hari Raya, khas untuk semua peminat.

Selain daripada itu, ‘AME 2021’ akan membawa pelbagai pembaharuan yang bakal menggamat suasana industri hiburan negara. Terdapat kemungkinan acara kali ini bakal menampilkan lebih daripada 3 pengacara asal, iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
 
Pengelolaan kali ini turut memperkenalkan anugerah baharu yang pastinya menyemarakkan lagi acara anugerah berprestij yang dinanti-nantikan. Buat julung kalinya juga, anugerah ‘Top Top MeleTOP’ akan ditentukan oleh barisan juri profesional.
 
‘AME 2021’ ialah kemuncak anugerah pertama dalam fasa endemik yang bakal menobatkan pemenang anugerah pilihan peminat serta menyajikan persembahan hebat dan kejutan yang menggemparkan. Jangan lupa janji temu bersama ‘AME 2021’ pada 9 Malam, 29 Mei ini. Yang pasti, #TetibaAME2021 kembali!
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}