Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat, di beberapa kawasan Pantai Timur dan Johor mulai esok.

Hujan lebat dan angin kencang akan bermula di beberapa kawasan seperti Bera, Pekan dan Rompin di Pahang dan Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Bandar Kuantan, seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan seperti di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dijangka turut mengalami cuaca yang sama pada hari Selasa dan Rabu.
Amaran itu juga menjangkakan angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam, dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Ia juga boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit.
Sumber: BERNAMA / Astro Awani / MET Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.