Alexander Graham Bell terkenal dengan ciptaan telefon pertama dunia.

Namun, ciptaan Bell bukan terhad kepada telefon sahaja, malah Bell juga amat minat dengan bidang penerbangan.
Disebabkan minatnya itu, Bell telah mencipta beberapa layang-layang gergasi, bertujuan mampu menampung beban manusia untuk dibawa terbang di udara.


Ciptaan layang-layang pertama Bell adalah layang-layang berbentuk kotak, yang menggabungkan beberapa segi tiga.


Seterusnya Bell menggabungkan layang-layang kotaknya itu membentuk satu piramid gergasi dengan 3 sisi dan 3 tapak, dikenali sebagai layang-layang bentuk tetrahedral.


Layang-layang gergasi itu juga dikenali sebagai nama Cygnet, berukuruan 40 kaki panjang dengan berat 91 kg. Menariknya, ia mampu terbang pada ketinggian 168 kaki di udara, namun ia hancur selepas terhempas ke tanah.



Sumber: Wikipedia / Wikipedia / Wikipedia / www.carnetdevol.org / The Wright Stories / Mashable
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.