Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

Atlet Luar Biasa Bergabung, Pastikan Kejayaan Road To Gold! Semua Power Termasuklah…

Dipengerusikan oleh Menteri Belia & Sukan YB Hannah Heoh bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria.
Hanafis Haris
20 Nov 2023, 10:58 AM

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan

Datuk Azizulhasni Awang antara atlet baru road to goldKredit: Instagram Azizulhasniawang, Pandelela Rinong

Emas milik Malaysia! Yup itulah sasaran dan harapan Kementerian Belia dan Sukan menerusi inisiatif projek Road to Gold (RTG).

Objektif utamanya adalah untuk 👉 menyelaras usaha negara bagi meraih pingat emas di Sukan Olimpik termasuklah menyediakan rangka kerja jangka panjang meliputi Paris 2024 dan Los Angeles 2028. 💪

Tapi tahu tak sejak ditubuhkan Mac tahun ini, ada beberapa agenda RTG telah diperhebatkan tau!  

5 Agenda Dibincangkan! Makin Mantap Sebab…

Menteri Belia & Sukan YB Hannah Yeoh berucapKredit: KBS

Kalau nak tahu, jawatankuasa RTG baru-baru ini telah membincangkan beberapa agenda termasuklah: 

  • 🥇 Perbelanjaan semasa program RTG 
  • 🥇 Kemajuan dan status atlet RTG sedia ada 
  • 🥇 Pencalonan atlet yang berjaya meraih emas untuk Malaysia di Sukan Asia Hangzhou baru-baru ini 
  • 🥇 Atlet yang telah pun layak ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan
  • 🥇 Kemasukan skuasy ke Sukan Olimpik LA 2028

Jawatankuasa RTG dipengerusikan sendiri oleh Menteri Belia & Sukan YB Hannah Yeoh bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria.

Siapa Atlet Terbaru Bawah Program Road to Gold? 

Ni mesti korang tak sabar nak tahu kan! Drum roll 🥁🥁🥁…

Berikut adalah atlet yang dipilih dalam mesyuarat jawatankuasa RTG untuk merealisasikan emas pertama Olimpik buat Malaysia 👇

  • Datuk Azizulhasni Awang (Berbasikal trek) 
  • Shah Firdaus Sahrom (Berbasikal trek) 
  • Datuk Pandelela Rinong (Terjun) 
  • Nur Dhabitah Sabri (Terjun) 
  • Aaron Chia (Badminton) 
  • Soh Wooi Yik (Badminton) 
  • Pearly Tan (Badminton) 
  • M.Thinaah (Badminton) 
  • Chen Tang Jie (Badminton) 
  • Toh Ee Wei (Badminton) 
  • Ng Tze Yong (Badminton) 
  • Ong Yew Sin (Badminton) 
  • Teo Ee Yi (Badminton) 
  • Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat)

Potensi Besar Atlet Angkat Berat…Aniq Kasdan! 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aniq Kasdan (@_aniqkasdan24)

Macam korang lihat senarai atlet, RTG telah memasukkan Mohamad Aniq Kasdan ke dalam program RTG untuk Sukan Olimpik Paris tau. Tahniah! 👏

Aniq berusia 21 tahun kini berada di kedudukan ke-10 dalam ranking Olimpik 💪

Dengan sokongan yang betul, Aniq berpotensi besar meningkatkan prestasi ‘Personal Best’ iaitu 291kg, kurang 3kg dengan pencapaian pemenang pingat gangsa Olimpik 2020 iaitu 294 kg.

Senarai Atlet Yang Layak Ke Sukan Olimpik Paris! 👏 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bertrand Rhodict (@rhodict)

Penerjun kebangsaan Bertrand Rhodict Lises akan menerima kenaikan elaunnya dengan prestasi pingat Gangsa di Sukan Asia dan juga layak menerima elaun tambahan melalui Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO). 

Penembak negara Johnathan Wong juga akan menerima elaun Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) tambahan daripada MSN sehingga Sukan Olimpik Paris dan akan terus menerima sokongan penuh daripada MSN dan ISN di bawah Program Podium. 

Walaupun atlet ini tidak termasuk dalam senarai RTG buat masa ini, MSN akan memastikan mereka mendapat sokongan penuh melalui Program Podium sehingga Sukan Olimpik tahun hadapan.

Haa korang tengoklah betapa menyeluruhnya sokongan RTG kepada atlet tanah air kita!

Kemasukan Skuasy Ke Program RTG Untuk Sukan Olimpik 2028

Ratu skuasy  Datuk Nicol Ann David dilantik sebagai jawatankuasa road to gold

Kredit: KBS

Selain itu juga, jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah mengumumkan kemasukan Skuasy untuk Sukan Olimpik Los Angeles 2028. 👏

Memang berita gembira, tambahan pula selepas pencapaian kontinjen negara memenangi tiga pingat emas di Sukan Asia. 💪

Jadi, memang tiada siapa lebih layak membimbing skuad skuasy kalau bukan ratu skuasy Datuk Nicol Ann David! 

Nicol Ann David yang juga ahli Jawatankuasa RTG dan Timbalan Chef De Mission Sukan Olimpik Paris akan membangunkan pelan strategik dan kolektif untuk kemasukan skuasy ke dalam fokus program RTG pada LA 2028.

Menarik kan? Haa kalau nak tahu banyak lagi inisiatif KBS layari 👉 website KBS atau follow je media sosial Facebook KBS & Instagram KBS.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}