Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

3 Legend Bergabung 🔥 Apa Sebenarnya Projek Road To Gold Ni?

Ketiga-tiga legenda ini dipilih atas kepakaran serta…
Hanafis Haris
02 Nov 2023, 04:06 PM

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan

Tiga lagenda bergabung dalam Road To GoldKredit: Instagram Leechongweiofficial, nicoldsquash, mirnawannawawi

Korang dah layan Battleground Malaysia: Road to Gold yang mula ditayangkan 29 September lalu? Mantap kan?

Memang rugi kalau tak layan, boleh tonton Battleground Malaysia: Road to Gold kat sini👇

  • Setiap Jumaat, 10 malam mulai 29 September: Astro RIA (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202) & SHOWCASE (Saluran 413)
  • Setiap Sabtu 11 malam mulai 30 September: Astro AEC (Saluran 306)
  • Strim di Astro Go & Sooka

Haa tapi tahu tak, ia merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membawa misi Road To Gold melalui penyertaan Malaysia dalam Temasya Sukan Olimpik Paris ke XXXIII pada 2024?

Tapi Apa Sebenarnya Kempen Road To Gold Ni? 

Hanna Yoeh dan beberapa ahli jawatankuasa road to gold

Kredit: Instagram hannahyeoh

Kalau nak tahu, KBS telah mengumumkan pembentukan pasukan projek Road to Gold dan objektif utamanya adalah untuk 👉 menyelaras usaha negara bagi meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

Jawatankuasa ini dipengerusikan tidak lain tidak bukan, Menteri Belia dan

Sukan Hannah Yeoh bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri (Dr.) Norza Zakaria.

Setahun Lagi Nak Berdepan Olimpik Paris? Ini Peranan Sebenar Road To Gold! 

Antara lagenda atlet dalam road to gold

Kredit: Instagram hannahyeoh

Untuk pengetahuan korang, pembentukan Road to Gold mengambil kira struktur dan kaedah pelaksanaan projek Olimpik sebelum ini.

Selain itu, Road to Gold turut mengambil kira baki tempoh hanya kurang dari setahun sahaja bagi menghadapi Olimpik Paris pada tahun hadapan.

Oleh demikian, jawatankuasa ini akan menyediakan rangka kerja jangka panjang meliputi Paris 2024 dan Los Angeles 2028. 💪

Siapa Terlibat Dalam Jawatankuasa Road to Gold? 

Semua perlantikan individu-individu ini ☝️ dipilih atas dasar sukarela sebagai sebahagian daripada usaha pembinaan negara (nation-building) secara kolektif.

Pemilihan ini atas faktor kepakaran dan pengalaman tidak ternilai, sekali gus menjadi jambatan kukuh antara Jawatankuasa dengan atlet Road To Gold yang dipilih.

Contohnya, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League Datuk Stuart Ramalingam yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengurusan MSN dilantik sebagai Penyelaras Projek RTG, dan dibantu oleh Pn. Michelle Chai.

Kedua-dua mereka mempunyai pengalaman kerja yang luas dengan badan dan agensi sukan antarabangsa.

Pada masa sama, tugas segera jawatankuasa ini adalah untuk mengenal pasti keperluan tambahan yang diperlukan bagi menjayakan misi meraih emas pertama negara di pentas Sukan Olimpik.

Bertaraf Dunia, Tiga Legenda Bergabung!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hannah Yeoh (@hannahyeoh)

Menariknya tentang Road to Gold ini, jawatankuasa ini turut disertai atlet bertaraf dunia. Antara yang terlibat adalah:

✨ Datuk Nicol Ann David (Timbalan Chef de Mission)

✨ Datuk Wira (Dr.) Lee Chong Wei (lagenda badminton)

✨ Datuk Mirnawan Datuk Haji Nawawi (legenda hoki)

Ketiga-tiga legenda ini juga dipilih atas kepakaran serta pengalaman mereka.

Bermacam Inisiatif Luar Biasa 🔥

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nicol David (@nicoldsquash)

Banyak sebenarnya usaha dan kerjasama yang dilakukan oleh Jawatankuasa Road to Gold ini dan antaranya adalah jawatankuasa ini akan bekerjasama dengan Program Podium sedia ada untuk memberi tumpuan kepada:

💪 Persediaan atlet elit meliputi latihan harian, latihan di luar negara termasuk lebih pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara,

💪 Penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan dan perubatan serta program bina diri.

💪 Memperkasakan Program Podium yang diketuai oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) melalui pemantauan di peringkat Kementerian.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}