Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

70 Peserta, Siapa Paling Layak? Saksikan Ep1 Battleground Malaysia: Road to Gold 🔥

Siapa bakal terpilih, siapa tersingkir?
Hanafis Haris
11 Oct 2023, 11:14 AM

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan

Aksi peserta Battleground Malaysia inisiatif bersama KBS

Kredit: Battleground Malaysia

Paling ditunggu-tunggu telah tiba 🔥 Battleground Malaysia: Road to Gold akhirnya bersiaran pada 29 September lalu.

Pasti ramai yang teruja menyaksikan episod pembukaan Battleground Malaysia: Road to Gold haritu kan?

Pada yang belum tonton, ini antara yang menarik pada episod pertama!

Pertandingan Dance Paling Gempak 🤙 Himpunan Dancer Hebat Lagi Swag! 

Peserta hadir ke Battleground Malaysia

Kredit: Battleground Malaysia

Pada yang belum tahu, Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan sebuah program terbaharu terbitan Astro dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Untuk episod pertama, lebih 70 penari solo/kumpulan mewakili negeri masing-masing bersaing untuk merebut gelaran juara Battleground Malaysia: Road to Gold.

Kesemua mereka perlu melakukan yang terbaik untuk menambat hati empat kapten yang serba hebat ni 👇

✨Lego Sam (Pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking)

✨Khenobu (Wakil Malaysia ke Sukan SEA)

✨Danny Lee, ahli kumpulan muzik 3P (Threee Production)

✨Seven (Juara Astro Battleground 2010 & 2011)

Setiap kapten ini bakal merekrut 10 penari (berbilang etnik) ke dalam pasukan mereka dengan menghadiahkan topi pasukan masing-masing.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Peserta yang tidak dipilih akan diletakkan di zon sementara bagi menunggu peluang kedua. Jika kapten melihat ada potensi, mereka akan diminta membuat persembahan solo dan selepas itu, mereka mungkin akan diambil atau sebaliknya!

Setelah kesemua 40 slot peserta dipilih, baru lah penari yang selebihnya akan dibatalkan secara automatik.

Persoalannya…siapakah yang bakal terpilih? Haa pada yang belum tonton tu, kenalah saksikan episod pertama Battleground Malaysia: Road to Gold.

Ini Barulah Semangat Malaysia 💪 Satu Keluarga Boleh Enjoy 

Peserta beratur menyertai Battleground Malaysia

Kredit: Battleground Malaysia

Paling onz, Battleground Malaysia: Road to Gold juga menjadi satu rancangan yang boleh ditonton bersama ahli keluarga.

Sambil-sambil layan skil koreografi dancer, boleh lah eratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga tu. Mungkin masing-masing boleh pilih sokong team yang mana 😉

Bonjour! Bukan Sekadar Hiburan Semata-Mata

Penari menunjukkan skil menari

Kredit: Battleground Malaysia

Korang jangan ingat program ini sekadar hiburan semata-mata tau.

Battleground Malaysia: Road to Gold juga dilaksanakan bertujuan membawa Kempen Road To Gold melalui penyertaan Malaysia dalam Temasya Sukan Olimpik Paris ke XXXIII pada 2024.

Semuanya untuk membawa mesej sokongan seluruh rakyat Malaysia dalam misi mendapatkan emas pertama negara 🇲🇾

Nak Tengok Battleground Malaysia: Road to Gold Dekat Mana?

Pada yang masih belum layan Battleground Malaysia: Road to Gold korang boleh tonton di saluran 👇

  • Setiap Jumaat, 10 malam mulai 29 September: Astro RIA (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202) & SHOWCASE (Saluran 413)
  • Setiap Sabtu 11 malam mulai 30 September: Astro AEC (Saluran 306)
  • Strim di Astro Go!

Battleground Malaysia: Road to Gold Diperhebatkan Oleh Rakan Muda 💪 

Jangan tak percaya, Battleground Malaysia: Road to Gold ini merupakan inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan yang diperkasakan oleh Rakan Muda!

Team millennial mesti ingat kan Rakan Muda ni? Siap ada lagu ikonik okay!

Sekarang, Rakan Muda telah diberi nafas baharu menerusi jenama gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.

Inisiatif Rakan Muda kini disegarkan oleh KBS dengan objektif untuk menjadi platform mengisi masa berkualiti dan menyatukan perpaduan dalam kalangan belia.

Siapa Yang Boleh Sertai Rakan Muda? 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @jbsnegara

Nak join Rakan Muda, mesti lah yang muda-muda 😉 Korang boleh join jika berusia antara 15 hingga 30 tahun. Banyak kelebihan tau 👇

✅ Meningkatkan kemahiran menerusi program Skills for Life. Belia dapat menggilap bakat, minat dan potensi mereka.

✅ Meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri, meningkatkan hubungan dan jaringan serta dapat memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah.

✅ Nikmati pelbagai ganjaran melalui penyertaan program Rakan Muda daripada rakan strategik yang bekerjasama dengan KBS iaitu Grab, foodpanda, Shopee & Lazada.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @jbsnegara

Selain itu, Program 'Sekolah Rukun Negara' turut menjadi inisiatif terbaharu KBS di bawah Rakan Muda (Rakan Demokrasi) bertujuan untuk:

💪 Menggalakkan kefahaman dan pengetahuan tentang demokrasi di kalangan belia di negara ini.

💪 Meningkatkan pengetahuan belia untuk memahami Prinsip Rukun Negara, konsep dan nilai demokrasi.

💪 Mendidik belia celik, kesedaran yang tinggi dalam menjaga keharmonian negara melalui perpaduan, meraikan kepelbagaian kaum dan menghormati perbezaan agama dan budaya.

Nak sertai Rakan Muda? Jom daftar di sini 👉 website KBS.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}