Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

22 Pembaharuan Tahun 2023 KBS Ni Buat Belia & Kaki Sukan Senyum Bangga!

Bravo! Memang efisyen dan tak duduk diam team KBS tahun lepas.
Hanafis Haris
03 Jan 2024, 03:32 PM

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia

inisiatif pembaharuan belia sukan kbsKredit: Canva & KBS; Edit: ERA

Pejam celik dah masuk tahun 2024. Tentu banyak pencapaian dan kenangan manis korang dah lalui tahun 2023 yang lalu kan?

Sama la macam Kementerian Belia dan Sukan (KBS), banyak pencapaian dan inisiatif telah dilaksanakan tahun lalu untuk golongan belia dan komuniti sukan Malaysia. Inisiatif merakyatkan sukan dan fasiliti, memperkukuhkan ekosistem sukan dan memperkasakan belia MADANI merupakan tiga inisiatif utama mereka.

Jom check out 22 pembaharuan yang telah dilaksanakan KBS

#1 Semua orang boleh belajar berenang!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Dengan adanya KLAS Renang dapat mengurangkan kes kanak-kanak lemas terutamanya dari kalangan B40. Klas Renang ni mensasarkan kanak-kanak daripada keluarga B40 yang berusia 6 hingga 12 tahun, untuk diberikan latihan asas berenang secara PERCUMA di 54 lokasi terpilih!

#2 Akses direktori fasiliti sukan

Korang nak tengok kat tempat korang ada ke tidak kolam renang, stadium, trek, studio aerobik dan sebagainya? Tak perlu susah-susah sebab sekarang korang dah boleh akses ke direktori fasiliti sukan.

Tak kiralah korang tinggal kat negeri mana-mana pun dalam Malaysia, korang check out je website KBS ni untuk cari fasiliti sukan kat tempat korang.

#3 Layan sukan di skrin besar

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @jbsnegara

Dengan Program Skrin Besar, korang boleh layan acara sukan kegemaran korang secara LIVE kat tayangan skrin besar. Bolehlah layan dengan kaki-kaki sukan. Barulah syok!

#4 Hari Sukan sekolah kat stadium?

Why not? Sebab Fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil ni dah dibuka kepada sekolah-sekolah secara PERCUMA untuk hari sukan! Nak buat hari sukan kat Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara pun boleh! Korang mohon je kat Perbadanan Stadium Malaysia.

#5 Berkhemah dengan harga rahmah?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Syok kan kalau dalam berkhemah dengan famili? Aktiviti riadah ni bagus tau untuk rapatkan hubungan kekeluargaan tapi kenalah cari tempat berkhemah yang selesa dan lengkap dengan kemudahan asas.

Antaranya perkhemahan keluarga yang ditawarkan KBS di beberapa Kem Wawasan Negara termasuklah di Ulu Nenas (Perak), Ulu Sepri (Negeri Sembilan), Maran (Pahang), Langkawi (Kedah), Kundasang (Sabah), Besut (Terengganu), dan Balik Pulau (Pulau Pinang) pada harga rahmah antara RM10 ke RM20.

#6 Tempat latihan untuk setiap atlet

Dengan inisiatif 1 Sukan 1 Fasiliti secara tak langsung dapat menyediakan tempat latihan bagi membantu atlet negara berlatih untuk meningkatkan prestasi.

#7 Enjoy sukan pada harga rahmah?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Nak bersukan tak semestinya kena keluar banyak belanja! Dengan Jualan Sukan Rahmah, korang boleh  tengok acara sukan macam Petronas Grand Prix atau beli barangan kelengkapan sukan pada harga yang lebih murah dari pasaran.

#8 Info lebih pantas dan telus

Korang ada apa-apa kemusykilan? Korang boleh dapatkan info tentang perkhidmatan yang ditawarkan jabatan dan agensi di bawah KBS secara telus di KBS Open Day. Make sure korang check out update tentang tarikh hari terbuka ni kat Instagram KBS.

#9 Bersukan sambil bantu harimau Malaya?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Korang tau tak setiap kali korang beli tiket perlawanan yang membabitkan Skuad Kebangsaan Harimau Malaya, korang turut sama menyumbang untuk pemuliharaan harimau Malaya? Untuk setiap tiket perlawanan, RM1 akan disumbangkan sebagai usaha pemuliharaan spesies terancam ni. Bravo KBS!

#10 Kod Sukan Selamat untuk jamin kebajikan & hak komuniti sukan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Dengan adanya kod ni, mereka yang terlibat dalam bidang sukan dapat dilindungi daripada sebarang bahaya seperti gangguan seksual, buli dan keganasan. Garis panduannya pula seiring dengan Inisiatif Sukan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC).

#11 Acara sukan lebih mudah dianjurkan...

Dengan inisiatif ni penganjuran acara sukan oleh persatuan sukan dan kelab yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 tak perlu lagi mendapatkan kelulusan Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk menganjurkan pelbagai acara.

#12 Nafas baharu Program Rakan Muda

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Kalau korang membesar pada era 90an, mesti familiar dengan Program Rakan Muda. Kini, Rakan Muda diberi nafas baharu menerusi 10 gaya hidup termasuklah Rakan Demokrasi, Rakan Litar, Rakan Aktif, Rakan Digital, Rakan Bumi, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.

Dan, inisiatif yang mensasarkan belia berusia antara 15 hingga 30 tahun ni berjaya menarik lebih 1,000,000 belia dalam 3,947 program yang dianjurkan di seluruh negara. Korang dah join? Jom check out laman web Rakan Muda untuk mendaftar.

#13 Penginapan untuk belia serendah RM10 sehari!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Satu lagi inisiatif yang baik oleh KBS. Dengan adanya Youth Capsule, para belia berusia 18 hingga 40 tahun yang memerlukan tempat tinggal sementara bolehlah memohon untuk stay kat sini.

youth capsule, inisiatif oleh kbs

Kredit: International Youth Centre Kuala Lumpur

So untuk korang yang baru dapat kerja atau tengah dalam fasa latihan kat tempat kerja tu, Youth Capsule ni lengkap dengan kemudahan asas seperti katil, pantri, bilik mandi dan dobi layan diri dengan kadar sewaan hanya RM10 sehari.

#14 Dari 51 kepada 103 sukan diiktiraf di Malaysia

Itulah bilangan sukan yang diiktiraf di Malaysia. Salah satu daripadanya adalah esports. Sukan-sukan ni dah disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 dan layak untuk dapat pelbagai benefit termasuklah pengecualian cukai dan bantuan dana KBS.

#15 Pegawai Pengiring untuk atlet paralimpik

kbs mewajibkan pegawai pengiring bagi mengiringi atlet para negaraKredit: KBS

KBS turut mewajibkan pegawai pengiring bagi mengiringi atlet para negara di pertandingan antarabangsa. Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan melihat keperluan atlet para agar fokus serta tumpuan mereka tidak terjejas.

#16 Memaparkan Peruntukan Yang Diluluskan

Jangan tak tahu KBS telah melancarkan laman web untuk memaparkan semua maklumat berhubung jumlah pembiayaan yang dipohon oleh Persatuan Sukan Kebangsaan serta program yang dilaksanakan berdasarkan pembiayaan yang diluluskan pada Mei 2023,

#17 Misi memburu pingat emas pertama Olimpik!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Ni bukan cakap kosong guys! Buktinya KBS dan tubuhkan Jawatankuasa Road to Gold bagi membantu atlet kebangsaan memburu pingat emas pertama Olimpik Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

Antara nama besar yang terlibat menyumbang kepakaran diorang dalam jawatankuasa ni termasuklah Datuk Nicol Ann David dan Datuk Wira (Dr) Lee Chong Wei.  

#18 Ada sebarang pertikaian? Jawatankuasa ni sedia membantu...

Bila masing-masing nak yang terbaik dah tentu ada masanya akan timbul pertikaian. Dengan adanya Jawatankuasa Pertikaian Sukan, lebih mudahlah isu pertikaian ni diselesaikan secara telus dan profesional menggunakan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Tatacara Dalaman Bagi Penyelesaian Pertikaian Dalam Badan Sukan) 2022.

#19 Sukan Tempur diiktiraf sebagai sukan sekolah

Seorang atlet sukan wusyu menunjukkan kehebatannyaKredit: KBS

Kalau sebelum ni diklasifikasikan sebagai aktiviti badan beruniform, dengan inisiatif ni sukan-sukan seperti taekwondo dan wusyu dikategorikan semula sebagai aktiviti di sekolah. Makin ramailah atlet wusyu dan taekwondo lepas ni!

#20 Menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Pembangunan Sukan (HLC)

Untuk pengetahuan korang, Jawatankuasa Tertinggi Pembangunan Sukan (HLC) telah dibentuk pada Jun 2023.  Jawatankuasa dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini  julung kali itu membincangkan isu berkaitan sukan tempur, renang dan olahraga serta keperluan untuk mengamalkan pendekatan menyeluruh pembangunan sukan melibatkan kerjasama antara KBS dan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

#21 Melancarkan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG)

garis panduan pihak berkepentingan dalam e-sukanKredit: KBS

Khusus untuk e-sukan 💪 Kementerian Belia dan Sukan mengeluarkan garis panduan untuk pihak berkepentingan dalam e-sukan yang bertujuan untuk membangunkan peraturan, hak dan tanggungjawab yang lebih besar dalam industri e-sukan.

#22 Belia celik isu politik & demokrasi

Berapa banyak yang korang tau tentang politik dan demokrasi? Untuk memastikan anak muda memahami isu-isu demokrasi, kenegaraan, perpaduan dan politik, Program Sekolah Rukun Negara yang merupakan inisiatif KBS di bawah Rakan Muda (Rakan Demokrasi) diadakan.

Program ni membuka ruang buat para peserta membincangkan berkaitan literasi demokrasi orang muda dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman golongan belia mengenai sistem demokrasi di Malaysia.

Menarik, kan kesemua usaha KBS ni?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KBSMalaysia (@kbsmalaysia)

Korang rasa apa pula yang bakal dilaksanakan KBS tahun 2024 ni?

Check out laman web rasmi atau follow KBS di Facebook, Instagram & TikTok untuk sebarang update!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}