Penyanyi baharu ini punya cita-cita tinggi dalam bidang seni. Berkat sokongan padu daripada keluarga, rakan dan orang sekeliling menjadikan dirinya optimis untuk terus melangkah jauh.Pernah meghasilkan single sulung pada 2019, mungkin rezeki belum berpihak pada dirinya. Namun, itu tidak mematahkan semangat Fatin Faishal untuk terus berjuang dan memperkenalkan bakatnya kepada peminat muzik tempatan.
Bagi Fatin, 25, atau nama sebenarnya Nurfatin Najwa Mohd Faishal, apa yang penting adalah semangat dan sokongan yang ada. Selebihnya, dia perlu berusaha dan mencari peluang yang ada untuk menempatkan diri dalam industri muzik tanah air.
Single Kita Sama hasil ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan terbitan syarikat rakaman Najah Music yang dilancarkan pada Februari lalu disifatkan langkah mula untuk Fatin menempa nama. Lagu Kita Sama yang menampilkan genre pop moden dianggap sesuatu yang mencabar buat Fatin kerana pertama kali menyanyikan genre yang bukan forte atau ‘makanannya’.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.