Pada tahun 2014, Aina terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan realiti . Beliau berjaya dinobatkan sebagai naib juara. Selepas itu, beliau terpilih mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, A.S. dan menjadi pemenang Vocalist of the World.
Beliau muncul bersama single pertamanya, Ini Yang Kau Mahu . Aina muncul dengan lagu bahasa Inggeris sulungnya, "Reminiscing" pada 2017, kemudian diikuti oleh single BI keduanya, "Shadows" yang dikeluarkan pada 2018.
Pada tahun 2020, Aina menjadi salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia dengan menggayakan kostum Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia dan berjaya merangkul gelaran juara. Terkini Aina, baru saja tampil dengan single Nafas Cinta, duet bersama Khai Bahar.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.