
Sumber: Astro Gempak
Kehilangan ibu pasti memberi tamparan hebat kepada sesiapa sahaja. Begitu juga dengan pelakon Zul Ariffin yang baru sahaja kehilangan ibunya baru-baru ini.
“Ketika ini, banyak tawaran yang terpaksa saya ketepikan kerana saya seperti hilang arah tuju. Saya benar-benar rasa kehilangan.
"Di hadapan orang, saya mungkin masih boleh tersenyum dan tenang, sebaliknya jauh di sudut hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jiwa saya memang tidak tentu arah ketika ini.
“Mungkin saya menyimpan rasa terkilan kerana tidak sempat bersama arwah pada saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Ketika saya tiba, arwah sudah tutup mata. Ia sangat memberi kesan pada jiwa saya,” kata Zul.
Zul juga agak terkilan kerana hasratnya untuk membawa ibunya menunaikan umrah bersama-sama tidak kesampaian.
“Saya bersyukur sempat berbual panjang dan keluar bersama arwah beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
"Entah kenapa saya tergerak hati memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan kepadanya. Saya memberitahu perancangan mengajaknya bercuti ke Dubai, seterusnya menunaikan umrah di Makkah, bulan depan.
“Hasrat saya mahu membawa ibu ke Dubai dan menunaikan umrah tidak kesampaian. Saya terbang juga ke Dubai untuk membawa hati dengan ditemani abang angkat dan keluarganya.
"Insya-Allah, bulan depan saya menunaikan umrah,” kongsinya.
Semoga Zul terus kuat menghadapi dugaan dengan kehilangan orang tersayang.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.