Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Tiada Erti Hidup Mewah Jika Tiada Pasangan Hidup…” - Yusof Haslam

ROSTAM, Mohamad Firdaus
08 Apr 2025, 11:29 AM

“tiada erti hidup mewah jika tiada pasangan hidup…” - yusof haslamFoto: Instagram

Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa lega apabila melihat anaknya, Syamsul Yusof kini berada dalam fasa kehidupan yang lebih tenang dan bersemangat, meskipun baru melalui episod perceraian keduanya bersama Ira Kazar pada tahun lalu.

Yusof Haslam, 71, dalam kenyataannya berkata, sebagai seorang bapa, beliau sentiasa berdoa dan memberi galakan kepada Syamsul untuk terus bangkit serta tidak mudah berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup.

“Syamsul kini kelihatan lebih fokus. Saya perhatikan proses penggambaran filem The Original Gangster mengambil masa agak panjang, mungkin disebabkan oleh pelbagai isu peribadi yang dilaluinya sebelum ini.

“Saya nampak dia kini lebih bersemangat, cuma berat badan sedikit susut dan kelihatan agak kurus. Saya selalu nasihatkan dia agar sentiasa kuat semangat walau apa pun cabaran yang datang,” katanya ketika ditemui selepas tayangan gala filem Blood Brothers Bara Naga semalam.

Dalam pada itu, Yusof turut menasihati anaknya agar tidak menutup hati untuk kembali membina kehidupan berkeluarga, kerana baginya, ketenangan hidup lebih penting daripada kekayaan semata-mata.

“Tiada gunanya kejar duit dan hidup mewah jika hidup bersendirian. Lama-lama akan rasa sunyi juga.

“Saya galakkan dia bina kehidupan baru, jangan terlalu lama hidup seorang. Tapi dia kata buat masa ini mahu fokus pada kerja dulu. Dia sedang sibuk dengan dua lagi projek filem,” tambahnya.

“tiada erti hidup mewah jika tiada pasangan hidup…” - yusof haslamFoto: Instagram

Yusof menegaskan bahawa kebahagiaan sebenar datang daripada kestabilan emosi dan hubungan, bukan sekadar pencapaian material.

“Saya nasihatkan dia cari pasangan hidup yang sesuai. Kalau hidup tanpa teman, tiada makna. Ketenangan dalam hidup itu lebih utama daripada kemewahan,” ujarnya.

Sementara itu, Yusof turut meluahkan rasa syukur kerana dapat menyambut Aidilfitri tahun ini bersama keluarga lengkap, termasuk kehadiran Syamsul yang sudah beberapa tahun tidak pulang beraya bersama.

“Sambutan raya kali ini memang menggembirakan, Syamsul pun balik. Kami sempat juga bercuti bersama ke Switzerland baru-baru ini,” katanya.

Menyentuh soal hubungan Syamsul dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana, Yusof berkata beliau tidak pernah memaksa anaknya untuk kembali bersama, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.

“Saya percaya Syamsul masih terbuka untuk ada pasangan suatu hari nanti. Tapi saya tidak pernah desak dia untuk kembali kepada Puteri Sarah. Apa yang berlaku adalah takdir. Saya rasa mereka berdua masih boleh berkawan baik,” katanya lagi.

“tiada erti hidup mewah jika tiada pasangan hidup…” - yusof haslamFoto: Instagram

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014, sebelum bercerai pada 14 Jun 2023. Baru-baru ini, mereka dilihat kembali beraya bersama di kediaman keluarga Yusof, sekali gus memberi gambaran hubungan mereka kekal baik sebagai sahabat walaupun sudah berpisah.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us