Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

WhatsApp Tamatkan Sokongan untuk 3 Model iPhone Bermula Hari Ini

IDRUS, Husna Najwa
05 May 2025, 01:30 PM

whatsapp tamatkan sokongan untuk 3 model iphone bermula hari ini

Foto Hiasan 

Mulai 5 Mei 2025, aplikasi WhatsApp tidak lagi boleh digunakan pada tiga model iPhone lama iaitu iPhone 5s, iPhone 6, dan iPhone 6 Plus menurut laporan Daily Mail. Dalam kenyataan rasmi di laman WhatsApp, aplikasi ini kini hanya menyokong sistem operasi iOS 15.1 ke atas. Akibatnya, pemilik tiga model ini tidak lagi boleh menghantar atau menerima mesej melalui aplikasi tersebut. 

Jurucakap WhatsApp menjelaskan bahawa semakan ini adalah sebahagian daripada rutin tahunan syarikat. 

“Setiap tahun, kami menilai peranti dan perisian mana yang tertua serta mempunyai bilangan pengguna paling sedikit. Peranti lama juga biasanya tidak mempunyai kemas kini keselamatan terbaru atau kekurangan fungsi penting untuk menjalankan WhatsApp,” katanya. 

Peranti yang tidak dapat dikemas kini sekurang-kurangnya ke iOS 15.1 akan terputus daripada perkhidmatan. Sebelum ini, aplikasi seperti Spotify dan Instagram juga berhenti menyokong tiga model iPhone yang kini diklasifikasikan sebagai ‘lapuk’ oleh Apple, bermakna Apple juga tidak lagi menyediakan alat ganti, kemas kini keselamatan, atau sokongan perisian untuknya. 

WhatsApp menambah bahawa mereka akan memaklumkan pengguna beberapa kali dalam aplikasi sebelum sokongan dihentikan. Bagi menyemak versi iOS, pengguna boleh pergi ke bahagian Tetapan > Umum > Perihal untuk melihat versi sistem. Jika ada kemas kini tersedia, ia boleh dipasang melalui Tetapan > Umum > Kemas Kini Perisian dan pilih Kemas Kini Sekarang. 

Sumber: Daily Mail 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us