Pelakon dan kini usahawan, Wawa Zainal menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai pinggan mangkuk yang mahal atau yang kini sedang tular.

Sebaliknya, beliau lebih selesa menggunakan pinggan yang diperoleh percuma apabila membeli set produk penjagaan diri seperti ubat gigi dan sabun pencuci.

"Kita takde pinggan mahal-mahal, pinggan viral pun takde.."
"Pinggan ni dari zaman memula kahwin dengan Aeril lagi, masih ada sampai sekarang..", ujarnya dilaman Instagram.
Rata-rata warganet memberikan reaksi dan memuji sikap rendah diri Wawa sambil menyatakan bukan pinggan mahal yang menjadi ukuran sebaliknya hidangan yang dimasak dengan kasih sayang itu yang lebih utama.


Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.