Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Jaga Kucing, Dapat Rumah? Wasiat Warga Emas Ini Cipta Fenomena

IDRUS, Husna Najwa
08 Jul 2025, 11:05 AM

jaga kucing, dapat rumah? wasiat warga emas ini cipta fenomena

Foto Hiasan

Seorang lelaki warga emas berusia 82 tahun dari Guangdong, selatan China, mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila menyatakan hasrat luar biasanya, iaitu untuk mewariskan seluruh hartanya kepada sesiapa yang sanggup menjaga kucing kesayangannya, Xianba, dengan kasih sayang yang tulus dan berpanjangan.

Encik Long, yang tidak mempunyai anak dan hidup sendirian sejak kematian isterinya 10 tahun lalu, telah memelihara empat ekor kucing terbiar yang ditemuinya pada suatu hari hujan. Kini, hanya Xianba yang masih menemaninya dan itulah yang membuatkan Long mula mencari penjaga yang benar-benar boleh dipercayai sekiranya dia meninggal dunia dahulu.

Menurut Guangdong Radio and Television, Long sanggup menyerahkan keseluruhan hartanya termasuk rumah dan simpanan kepada individu yang bersetuju untuk menjaga Xianba dengan baik. Namun, sehingga kini, dia masih belum menemui orang yang sesuai.

jaga kucing, dapat rumah? wasiat warga emas ini cipta fenomena

Foto Hiasan

Situasi ini mencetuskan reaksi bercampur baur dalam kalangan netizen. Ada yang menyifatkan tawaran itu terlalu unik, malah mencurigakan, manakala ada juga yang memuji keikhlasan Long terhadap haiwan peliharaannya.

“Kalau masih tiada yang sanggup, mungkin kerana syaratnya terlalu ketat atau mereka sebenarnya tidak cintakan kucing,” komen seorang pengguna media sosial.

Namun, terdapat juga kebimbangan. Netizen lain memberi amaran bahawa walaupun niat Long murni, pewarisan harta kepada orang asing mungkin mengundang pertikaian undang-undang, terutama jika ada ahli keluarga yang menuntut hak waris. Di bawah Kanun Sivil China yang berkuat kuasa sejak 2021, seseorang dibenarkan mewariskan harta kepada negara, institusi atau individu pilihan mereka.

Menariknya, beberapa individu tampil menyatakan kesanggupan menjaga Xianba walaupun tanpa mengambil sesen pun daripada harta peninggalan Long. Mereka hanya ingin membantu demi kasih kepada haiwan.

Sumber: South China Morning Post

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us