Foto: Tangkap layar TikTok
Seorang wartawan dari China mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas videonya bercakap dengan fasih dalam Bahasa Melayu ketika memesan nasi kandar tular di media sosial.
Menerusi rakaman berdurasi hampir dua minit oitu, wartawan wanita yang dikenali sebagai Husna dengan yakin membuat pesanan dalam Bahasa Melayu di sebuah gerai nasi kandar sekitar Putrajaya, lengkap dengan istilah ‘kuah campur’ dan ‘ayam goreng’.
Gaya pertuturannya yang lancar dan nada suara yang bersahaja membuatkan ramai kagum dengan kebolehannya menguasai bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa dia bukanlah warganegara dan bukan pelajar bahasa secara formal.
Apa yang lebih menarik, beberapa rakan sepasukannya turut kelihatan mencuba berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, menambahkan lagi suasana mesra dan mencuit hati dalam video berkenaan.
Masing-masing kelihatan teruja dan bersahaja, menjadikan interaksi antara mereka itu lebih mendapat perhatian netizen.
Difahamkan, Husna merupakan wartawan dari China Media Group (CMG) dan sebelum ini pernah tular ketika membuat liputan Sukan Asia 2023 di Hangzhou dalam Bahasa Melayu.
Beliau dikatakan pernah mengikuti program pertukaran pelajar bersama Universiti Malaya, di situlah beliau mula mempelajari dan mengasah bahasa tersebut.
Video itu turut menunjukkan Husna menikmati hidangan nasi kandar bersama rakan-rakan sepasukannya sebelum menjalankan tugasan rasmi bersama pemimpin negara.
Penampilannya yang bersahaja dan usaha menggunakan bahasa tempatan jelas menunjukkan kesungguhan beliau memahami budaya Malaysia.
Ramai netizen terhibur melihat kelancaran Husna membuat pesanan, siap ada yang berseloroh kononnya dia “dah layak jadi duta nasi kandar” dan “kalau ada pertandingan order nasi kandar paling smooth, dia boleh menang tempat pertama!”
Sumber: TikTok @husnaliangliang
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.