Beberapa hari lepas, Uqasha Senrose telah memuatnaik sekeping foto dilaman Instagramnya dan dikecam teruk oleh netizen dek kerana gambar tersebut kelihatan seakan-akan di edit.

Fizikal tiang pintu dan tingkap dilihat bengkok dan dipersoalkan oleh netizen dilaman sosial.

Dipetik daripada Media Hiburan, Uqasha mengakui gambar tersebut telah diedit agar membuatkan beliau kelihatan sedikit ramping dan kurus.
“Kita kan ada yang panggil gemuk jadi saya edit sikit je pun untuk bagi nampak ramping. Kalau nak ikutkan, gambar sebelum dan selepas tidaklah banyak beza mana. Bukan kurus macam dinding pun”, ujarnya pada Media Hiburan.
Tambah Uqasha lagi, beliau menempelak pihak yang memuatnaik semula gambarnya dengan mengedit semula gambar tersebut sambil memberitahu ada sahaja kesalahan yang akan dicari oleh orang ramai.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.