Sejak penubuhan Wanna One yang lahir daripada rancangan Produce 101 Musim ke-2 (2017), band tersebut telah menikmati kejayaan hebat sehingga berjaya mengumpul ribuan peminat dan menjadi duta untuk jenama-jenama hebat. Wanna One merupakan band K-pop pertama berjaya mencatatkan jualan album melebihi jutaan unit sejak album debut mereka dilancarkan.
Album kedua band tersebut, 0+1=1 (I Promise You) dilancarkan pada 19 Mac 2018. Album <1÷χ=1 (UNDIVIDED)> yang baru dilancarkan pada 4 Jun 2018 juga disambut baik peminat. Wanna One merancang untuk memberikan seluruh energi mereka bagi menjadikan tahun ini tahun terbaik untuk para peminat serta menjadi satu keraian sepanjang mereka bersama.
Wanna One juga dijadualkan akan membuat persembahan di bandar-bandar utama sekitar Amerika Syarikat, Singapura, Jakarta, Hong Kong, Bangkok dan Melbourne.
Wanna One World Tour <ONE: THE WORLD> di Kuala Lumpur akan diadakan di Axiata Arena pada 21 Julai 2018.

Tak sempat nak beli tiket Wanna One?
YJ Partners akan melancarkan jualan tiket fasa dua untuk Wanna One World Tour <ONE: THE WORLD> di Kuala Lumpur pada 20 Jun 2018 ini. Peminat-peminat Wanna One yang belum lagi membeli tiket, jangan biarkan peluang ini terlepas.

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket sila layari www.myticket.asia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.