Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Tidak Terlibat Dalam Musim Ketiga, T.O.P Tetap Bersyukur Diberi Peluang Sertai ‘Squid Game 2’

ROSTAM, Mohamad Firdaus
30 Jun 2025, 02:21 PM

tidak terlibat dalam musim ketiga, t.o.p tetap bersyukur diberi peluang sertai ‘squid game 2’

Foto: Netflix

Selepas hampir lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan Korea Selatan, penyanyi dan pelakon T.O.P akhirnya muncul semula dalam acara rasmi, sekaligus menarik perhatian ramai pihak. Kehadiran beliau dalam majlis pelancaran siri ‘Squid Game’ musim ketiga di Seoul baru-baru ini menandakan kemunculan semula pertama secara terbuka selepas insiden kontroversinya beberapa tahun lalu.

T.O.P, atau nama sebenarnya Choi Seung-hyun, merupakan antara barisan pelakon dalam musim kedua siri terkenal terbitan Netflix, ‘Squid Game’.

Meskipun beliau tidak terlibat dalam musim ketiga yang baharu sahaja dilancarkan, pelakon tersebut menyatakan bahawa beliau tetap berpuas hati dengan penyertaannya dalam musim sebelumnya.

Menurut T.O.P, dia sudah memberi sepenuh komitmen dalam musim kedua dan menganggap apa yang dilakukannya dalam siri itu mencukupi sebagai sebuah pengalaman bermakna dalam karier lakonannya.

“Saya telah melakukan semua perkara buruk yang perlu dalam musim kedua, dan saya juga telah menerima hukuman untuknya. Oleh itu, saya tidak terlalu memikirkan untuk muncul dalam musim ketiga,” katanya dengan tenang.

Beliau juga meluahkan rasa terima kasihnya kepada pengarah siri tersebut, Hwang Dong-hyuk, atas peluang yang diberikan kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada produksi bertaraf global.

“Saya amat bersyukur kerana berpeluang terlibat dalam projek besar ini. Saya banyak belajar sepanjang penggambaran berlangsung,” ujarnya.

Kemunculan T.O.P dalam acara pelancaran itu merupakan yang pertama sejak beliau menghadapi kes penyalahgunaan ganja pada tahun 2017.

Insiden tersebut telah menyebabkan beliau menarik diri dari dunia hiburan buat satu tempoh yang panjang, dan penampilan terkininya dilihat sebagai satu langkah positif dalam memulakan lembaran baharu.

Siri ‘Squid Game 3’ kini sedang ditayangkan menerusi platform penstriman Netflix, dan terus mendapat perhatian global susulan kejayaan dua musim terdahulu.

Meskipun T.O.P tidak lagi terlibat dalam musim terbaru, kehadirannya dalam musim kedua telah meninggalkan kesan mendalam buat peminat dan penonton siri berkenaan.

Sumber: Kimchi Daily

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us