Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Anggota Tentera Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Pertuduhan Mencederakan Wanita

IDRUS, Husna Najwa
07 Apr 2025, 01:18 PM

anggota tentera dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mencederakan wanita

Foto Tangkap Layar

Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan seorang wanita, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menumbuk kepala seorang wanita berusia 28 tahun di Taman Satria, Senawang, kira-kira jam 10.20 malam pada 29 Mac.

Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd Zainal mencadangkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan memohon tarikh sebutan semula.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chrysandy Lai, yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya menanggung dua anak masih kecil, isteri dan ibu bapanya.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula bagi serahan dokumen dan laporan perubatan penuh ditetapkan pada 19 Mei depan.

 Untuk rekod, media melaporkan tular satu klip memaparkan seorang pemandu kereta wanita ditumbuk seorang lelaki di Taipan Senawang.

Kejadian dipercayai berpunca selepas lelaki berkenaan mengamuk dan mendakwa anaknya dilanggar kereta jenis Perodua Axia yang dipandu oleh wanita itu ketika melintas jalan.

Tangkapan ke atas lelaki itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us